19 Feb
19Feb

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan, atau bentuk terbitan, iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut: awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi.

Awalan 

Awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan ter- dalam terambil (bahasa Melayu); im- dalam impolite 'tidak sopan' dan dis- dalam displease 'tidak senang' (bahasa Inggeris).

Akhiran 

Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar, misalnya -an dalam lautan dan -kan dalam panjangkan (bahasa Melayu); -ly dalam quickly 'dengan cepat' dan -ness dalam goodness 'kebaikan' (bahasa Inggeris); -pa dalam ampetpa 'saya sedang menyapu' (bahasa Sierra Popoluka) dan -dalam anake 'anaknya' (bahasa Jawa). 

 Sisipan 

Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar misalnya -em- dalam g + em + uruh (bahasa Melayu); -um- dalam g + um + unting 'memotong dengan gunting' (bahasa Tagalog); -rn- dalam t + rn + iap 'bungkusan kecil' dan s + rn + al 'anting-anting' (bahasa Kamhmu2). 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING